Pengumuman dan kelahiran Putera_George_dari_Wales

Easel diluar Istana Buckingham. Pengumuman itu berbunyi : " The Duchess of Cambridge telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 4.24 pm. Kedua - dua mereka berada dalam keadaan selamat"

Pada 3 Disember 2012, Istana St James mengumumkan bahawa Catherine, Duchess of Cambridge mengandungkan anak pertama pasangan diraja tersebut. Kurang daripada dua belas minggu, pengumuman tersebut telah dibuat lebih awal dari kebiasaannya kerana Kate telah dimasukkan ke hospital kerana menghidap alahan yang teruk.

Duchess of Cambridge telah dikejarkan ke Hospital St Mary, London, pada peringkat awal kelahirannya pada pagi 22 Julai 2013. Diumumkan bahawa Duchess of Cambridge telah melahirkan seorang bayi lelaki pada 16:24 BST (11:24 malam waktu Malaysia) pada 22 Julai dengan berat 8 pound dan 6 auns. Duke of Cambridge juga hadir disisi isterinya sewaktu Kate melahirkan anak sulung mereka dan Putera William dijangka akan mengambil cuti penuh selama dua minggu dari tugas beliau sebagai juruterbang di RAF Search And Rescue Force dan telah disahkan oelh Menteri Pertahanan United Kingdom. Tempat kelahiran Putera George merupakan tempat yang sama, dimana Putera William dan adiknya Putera Harry dilahirkan iaitu di Londo Wing, Hospital St Mary, London, oleh Diana,Puteri dari Wales pada 1982 dan 1984. Bekas pakar sakit puan kepada Ratu Elizabeth II iaitu Marcus Setchell merupakan doktor yang menyambut kelahiran Putera George serta dibantu oleh Guy Thrope-Beeston, Sunit Godambe dan John Chunningham.

Putera George bersama ibunya pada 23 Julai 2013

Buletin rasmi yang digunakan untuk mengumumkan kelahiran diraja telah diletakkan diluar Istana Buckingham, walaupun mereka telah memecahkan tradisi kerana mengumumkan menggunakan media elektronik sebelum diumumkan secara rasmi oleh pegawai - pegawai Istana. Tembakan hormat bersempena kelahiran Putera George telah dilakukan di Bermuda, London, New Zealand dan di Kanada, begitu juga dengan loceng di Gereja Westminster Abbey dan beberapa gereja lagi dibunyikan untuk menandakan kelahiran putera sulung itu serta mercu tanda ikonik di seluruh negara Komanwel diterangi dalam pelbagai warna, kebanyakannya biru untuk menandakan kelahiran bayi lelaki.

Sebelum kelahiran terdapat spekulasi bahawa ia akan meningkatkan ekonomi negara dan memberi fokus kepada kebanggaan negara. Komposer Welsh Paul Mealor, yang menciptakan "Ubi Caritas et Amor" untuk perkahwinan ibu bapanya, menciptakan sebuah lullaby bertajuk "Sleep On", dengan lirikya oleh komposer Irish, Brendan Graham. Rakaman tersebut telah dibuat oleh Hayley Westenra sebagai hadiah kepada bayi Diraja tersebut. The Royal Mint telah menghasilkan 10,000 keping perak sterling mahkota bersaiz 5 £ dan 2,013,22 syiling karat emas untuk memperingati kelahiran itu. Ia merupakan kelahiran pertama Diraja yang menggunakan syiling sebagai tanda kelahiran.

Dengan kelahiran Putera George, tiga generasi pewaris utama hidup dalam masa yang sama, kali terakhir berlakunya kejadian sedemikian ialah pada tahun 1894 dan 1901, sewaktu tujuh tahun terakhir pemerintahan Ratu Victoria.

Pada 24 Julai, sehari selepas Duke dan Duchess muncul di luar hospital untuk membenarkan media berkumpul untuk melihat bayi yang baru dilahirkan itu, nama putera tersebut diumumkan sebagai George Alexander Louis.